Tuesday, April 2, 2013

Tahniah YB Zulkifli Nordin


Tahniah YB Zulkifli Nordin


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin memohon maaf kepada penganut agama Hindu sekiranya kenyataan beliau kira-kira 10 tahun lalu mengundang kemarahan mereka.

Menurutnya kenyataan itu yang telah disunting pihak tertentu bagi tujuan memfitnah dan memburukkan namanya serta diedarkan ke laman Youtube baru-baru ini, dibuatnya ketika beliau masih berada dalam parti pembangkang.

Bekas Ahli Parlimen PKR itu berkata rakaman tersebut cuba menyembunyikan fakta dan mengelirukan rakyat tanpa menyatakan keadaan sebenar. "Tindakan itu bertujuan memburukkan nama saya dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) walhal tiada kaitan dengan Perkasa kerana dibuat lebih 10 tahun lalu" katanya semasa menyampaikan ceramah di Baling.





Naib Presiden Perkasa itu berkata demikian bagi mengulas rakaman video bertajuk Zulkifli Nordin (Perkasa) menghina agama Hindu yang dimuat naik di laman Youtube sejak beberapa hari lalu.

Dalam rakaman itu kononnya Zulkifli telah memberi komen negatif terhadap penganut Hindu. Mengulas lanjut Zulkifli berkata, video itu juga bertujuan mengalihkan sokongan rakyat terhadap masalah dan isu-isu besar yang dihadapi pemimpin pakatan pembangkang.

Beliau mengakui mengeluarkan kenyataan bersifat cauvinis tersebut kerana ketika itu dia masih bersama parti pembangkang yang memang mengamalkan dasar cauvinis dan rasis.

Sebagai graduan lulusan undang-undang luar negara, katanya, beliau bersedia memohon maaf kepada masyarakat Hindu sebagimana contoh pemimpin luar negara bersedia memohon maaf kepada rakyat bagi mengelakkan sesuatu isu berlarutan.

Katanya, beliau juga pernah memohon maaf secara terbuka kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada 3 Mac lalu di Kelantan atas kesilapan semasa berada dalam pakatan pembangkang.

"Kepada penganut Hindu dan rakyat Malaysia, saya memohon maaf secara terbuka kepada mereka atas kesilapan itu. Dalam ucapan pertama di Dewan Rakyat juga saya memohon maaf secara terbuka kerana pada waktu itu mengamalkan cauvinis dan rasis" katanya.

Sehubungan dengan itu Zulkifli berkata, penganut Hindu dan rakyat Malaysia perlu menempelak dasar cauvinis dan rasis pakatan pembangkang dengan menolak calon-calon daripada parti tersebut.

No comments:

Post a Comment