Bukan Islam Gunting Rambut Bukan Islam Kena Saman-Orang Islam Yang Pertahankan Orang Islam Dari Murtad Kena Pecat
Beberapa hari kebelakangan ini kecoh berhubung
isu sebuah kedai gunting wanita yang diusahakan oleh wanita bukan islam di saman
oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu kerana menggunting rambut lelaki bukan
islam.
Saman yang dikeluarkan MPKB berdasarkan
undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan Pas pada tahun 1991, selepas
mereka berjaya menawan Kelantan pada 1990. Undang-undang yang diperkenalkan itu
selaras dengan perjuangan Pas pada masa itu 'Membangun Bersama Islam' dan
seterusnya menubuh sebuah negara islam.
Ketika undang-undang itu diperkenalkan Pas
masih lagi Pas yang totok. Ketika itu mereka masih lagi mengkafirkan Umno kerana
menjalin hubungan dengan parti-parti bukan islam. Bukan itu sahaja, masa itu
wanita tidak boleh menyertai Musabaqah Quran, konsert diharamkan di Kelantan,
kedai snooker di tutup, mengharamkan wayang kulit, makyong, menora dan main
puteri. Manakala hukum hudud pula perjuangan nombor wahid Pas ketika itu.
Maklumlah nak tubuh islam lah kata kan.....
Tapi hasil persahabatan dengan DAP selepas PRU
2008 dan desakan demi desakan dari Karpal Singh membuatkan Pas membaca Quran
sampai habis, dan hasilnya pada Muktamar Pas tahun lepas Pas telah melupakan
negara islam dan menukar kepada negara kebajikan, dengan alasan negara islam tidak ada dinyatakan dalam Quran.
Daripada parti yang totok islamnya Pas kini
bertukar kepada parti yang liberal....
Islam Pas juga wujud berjenis-jenis....di
Kelantan lain, di Kedah lain , di Selangor lain.....
Di Kelantan wanita bukan islam yang gunting
rambut lelaki bukan islam, Pas ambil tindakan. Di Selangor pula pemimpin Pas
yang mempertahankan orang islam dari dimurtadkan, dipecat dari Pas.
Di Kelantan arak tidak boleh dijual secara
terbuka dan kedai nombor ekor tidak dibenarkan. Tetapi di Kedah semuanya
boleh.....
Di Kelantan Pas beriya-iya kata nak laksanakan
hudud, tetapi belum sampai Kuala Lumpur lagi, baru sampai di Terengganu Pas dah
kata hudud bukan keutamaan.
Karpal Singh pernah berkata langkah mayat dia
dulu kalau Pas nak tubuh negara islam. Tapi pemimpin Pas pula kata siapa yang nak ambil Karpal langkah mayat dia
dulu.
Itulah contoh bukti kasih sayang yang tidak
ternilai Pas kepada DAP. Sebab itu apa sahaja yang DAP berdehem atau merungut
Pas akan cuba penuhi termasuklah menukar perjuangan negara islam serta memecat Hassan Ali. Lebih kurang lelaki
yang dapat isteri cantiklah.....isteri baru batuk sikit ja, berlari keluar
rumah. Bukan pergi beli ubat tetapi pergi ambil doktor bawa ke rumah untuk
merawat isteri.
Dalam kes kedai gunting yang terjadi di Kota
Bharu beberapa hari ini kita dapat saksikan desakan dari DAP makin hari makin
kuat. Kita sama-sama tunggu dan lihat berapa lama Pas boleh bertahan dengan
undang-undang yang mereka perkenalkan pada tahun 1991 ?
Adakah DAP akan langkah mayat Pas dulu atau Pas
yang akan langkah mayat DAP dulu ?
Inilah akibatnya apabila Pas terlalu banyak
sangat pasang periuk api dulu sampai mereka dah tak ingat dimana periuk api yang
dipasang . Dan kini satu persatu periuk api itu di pijak oleh mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment