Hishammuddin Hussein Cabar Pakatan Pembangkang
Monday, December 10, 2012
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan dakwaan terdapat 300,000 kaum India tiada dokumen pengenalan diri atau tidak menjadi warganegara Malaysia bermotif politik.
Katanya dakwaan itu bertujuan meniup perasaan benci terhadap Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-13, selain cuba mencetuskan konflik kerana hanya membabitkan satu kaum.
"Mengapa dibawa sekarang, mengapa jumlah itu dibesarkan sehingga 300,000, ia merupakan jumlah yang tidak ada asas langsung," katanya kepada pemberita selepassesi Perjumpaan Menteri Bersama Peserta Kursus Outreach Top 5 Bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional KDN, di sini, Isnin.
Katanya tindakan segelintir pemimpin pembangkang untuk berdemonstrasi di hadapan Jabatan Pendaftaran Negara pada Rabu ini juga menunjukkan mereka tidak ikhlas dalam usaha kononnya untuk menyelesaikan isu tersebut.
"...kalau betul 300,000 beri kepada kita, kita uruskan. Nak berdemonstrasi dan berkisar pada perkauman di mana satu kaum sahaja, saya tengok ada matlamat-matlamat tertentu,"
Lagi Selanjutnya KLIK DISINI

GOMO: Gua hanya nampak satu pekara sahaja diatas polemik terbaru yang dilakukan pakatan pembangkang ni. Lain dan tidak bukan adalah nak mencetuskan huru hara dan kekecohan sepertimana yang dilakukan oleh puak Hindraf pada tahun 2007 yang lalu.
Harus kita ingat mereka pembangkang semenjak pilihanraya 2008 sudah acap kali membuat himpunan untuk mencetuskan huru hara namun ianya gagal. BERSIH 1.0 yang gagal menjadikan pula BERSIH 2.0 yang juga gagal. Perlaksanaan BERSIH 3.0 juga gagal malah mengakibatkan kecaman apabila puak pembangkang bertindak ganas dengan menjahanamkan harta awam.
Banyak kali cubaan pembangkang untuk menjadikan Malaysia kucar kacir sepertimana yang berlaku di Syria, Mesir dan lain lain negara namun atas kebijaksanaan pemimpin Kerajaan maka usaha pembangkang digagalkan. Jadi untuk isu yang didakwa pembangkang ini Gomo lihat ianya jelas adalah untuk mencetuskan kekecohan menjelang PRU yang bakal tiba tidak lama lagi.

Kita mahukan keamanan
Menteri Dalam Negeri D.S. Hishammuddin Tun Hussein yang mencabar pihak pembangkang menyerahkan bukti tentang 300 Ribu kaum India yang tidak memiliki kad pengenalan. Jadi kita sama sama lihat apakah pihak pembangkang akan menyerahkan menampilkan bukti tersebut ataupun mereka akan tetap berkeras dengan demo jalanan. Rakyat boleh nilai.....
No comments:
Post a Comment