MCA bantu peniaga gunting rambut di K'tan
MCA menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membantu peniaga termasuk kedai gunting rambut yang menghadapi masalah dengan pentadbiran kerajaan Kelantan pimpinan PAS sehingga menjejaskan perniagaan mereka.
Pengerusi MCA Kelantan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Giam Say Khoon iaitu Setiausaha kepada Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, menyediakan bantuan termasuk khidmat guaman, pinjaman modal dan memindahkan peniaga yang tidak sanggup lagi berniaga di negeri ini ke negeri lain.
"Datang kepada kita untuk kita tolong mereka dari segi nak saman kerajaan atau hendak mohon bantuan (seperti) pinjaman modal untuk mengadakan perniagaan, kita akan bantu mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di mesyuarat MCA Kelantan di Kota Bharu semalam.
Dr Ng mengulas mengenai keluhan seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Bharu, Ong Lee Ting, yang mendakwa beliau disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010.
Akibatnya, beliau didenda antara RM200 dan RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting turut menghadapi perkara sama.
Tindakan kerajaan negeri itu turut dikecam Pengerusi DAP Karpal Singh yang dilaporkan berkata mereka yang bukan Islam boleh membawa perkara itu ke mahkamah.
Dr Ng yang juga Menteri Pelancongan, membidas tindakan PAS yang mengenakan pelbagai syarat yang tidak menggalakkan sektor perniagaan kepada peniaga bukan Islam sepanjang 22 tahun parti itu memerintah negeri ini.
"Denda peniaga gunting rambut jika pekerja wanita bukan Islam potong rambut lelaki bukan Islam, ini betul-betul kaum Cina tidak boleh terima, bukan Islam tidak boleh terima. Mereka potong rambut di premis yang terbuka, ramai orang tengok, apa susahnya, apa silapnya. Bukan potong rambut dalam bilik," katanya yang mahukan peniaga terbabit segera menghubungi jawatankuasa khas itu melalui talian 03-22033888.
- Bernama

No comments:
Post a Comment