Friday, December 7, 2012

Negara musnah menteri campur tangan kerja polis

Negara musnah menteri campur tangan kerja polis


Harakahdaily,
07 Dis 2012

KUALA LUMPUR: Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengenai campur tangan menteri mengenai urusan polis adalah suatu yang merbahaya kepada keselamatan negara.

“Apakah jaminan keselamatan rakyat, jika penjenayah mempunyai hubungan yang intim dengan menteri? Mampukah keadilan dapat diperolehi oleh rakyat biasa?” tanya AJK PAS Pusat, Idris ahmad dalam kepada Harakahdaily.

Katanya, institusi polis sepatutnya bebas tanpa memilih bulu, justeru siapa sahaja yang salah tidak kira apa-apa kedudukan mesti diambil tindakan.




Sehubungan itu, ujarnya pendedahan bekas Ketua Polis Negera perlu dipandang serius oleh Datuk Seri Najib Razak yang sering bercakap soal transformasi.

“Macam mana negara akan aman daripada jenayah jika kerja polis dicampur tangan oleh pihak atasan,” katanya lagi.



Katanya, kehilangan rekod Altantuya ke negara ini masih menjadi misteri.

Selain itu, ujarnya apa khabar pula dengan kes anak Tan Sri Nazri Aziz yang memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah Kuala Lumpur.



“Apa hendak jadi dengan nasib rakyat? Kepada siapa lagi boleh buat aduan?

“Sebelumnya kita didedahkan bagaimana hakim boleh diatur oleh VK Linggam,” katanya.

Menurutnya lagi, suatu masa dahulu kisah seorang Ketua Hakim Negara boleh melancong dengan peguam yang mengendalikan kes yang sedang dibicara.

Begitu juga, ujarnya dengan kes isteri Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi bersama dengan peguam Umno Hafarizan Harun yang mendapat projek Lebuh raya Kinrara-Damansara (KIDEX) berharga RM2.2 Bilion.

“Macam mana perkara ini berlaku. Ini hanya satu contoh kerosakan sistem perundangan negara,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment