Sunday, December 2, 2012
Kisah Deepak,Rosmah dan Najib: Apa Yang Husam Musa Kata 500 Peratus Tepat
Tiga hari saya tidak mengisi blog kerana menghadiri sepenuhnya Perhimpunan Agung Umno kali ini dari pagi sampai petang tanpa meninggalkan satu hari pun. Semangat tahun ini amat-amat berbeza dengan tahun-tahun yang lepas.
Hari ini saya kembali mengisi blog ini untuk
menyambung kisah seorang peniaga karpet yang muncul menjadi selebriti
pembangkang di saat-saat Perhimpunan Agung Umno hendak membuka tirai hinggalah
tirai dilabuhkan petang semalam.
Seperti yang saya katakan sebelum ini tujuan
peniaga karpet itu ditimbulkan atau dimunculkan untuk menyerang PM dan isteri di
saat Perhimpunan Agung Umno tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melemahkan
semangat ahli-ahli Umno dan memecah belahkan Umno di perhimpunan terakhir mereka
sebelum PRU 13 mengambil pentas.
Selepas peniaga karpet itu tampil dengan
pelbagai tuduhan terhadap PM dan isteri maka bersorak-sarailah mereka-mereka
yang berkawan dengan syaitan menyambut apa yang dilontarkan oleh peniaga karpet
itu dan menuduh itu kerja Tan Sri Muhyiddin dan Tun Dr M untuk mengenakan Najib
dan seterusnya menjatuhkan Najib.
Seorang pemimpin parti yang berkawan dengan
syaitan dari Kelantan telah membuat kenyataan seperti berikut di malaysiakini di hari Perhimpunan Agung Umno
dirasmikan.
Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lagi berdiam diri dengan dakwaan terbaru Deepak Jaikishan memandangkan usahawan itu mengaitkan keluarga perdana menteri dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Katanya, Deepak "secara langsung dan tidak langsung" mengaitkan perdana menteri dalam isu pembunuhan berkenaan – dalam dakwaan yang dibuat sejurus sebelum perhimpunan agung Umno.
"Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan sepenuhnyna. Jika tidak, selain dirinya, Umno adalah pihak yang akan terkesan," kata Husam yang turut memberi peringatan bahawa pilihan raya juga semakin hampir.
Husam seterusnya mencadangkan supaya Umno "melepaskan Najib" demi kelangsungan parti itu dalam pilihan raya umum nanti.
Katanya, beliau melihat Najib kini berada dalam kedudukan "begitu lemah" apabila timbul dakwaan baru daripada Deepak itu – seperti disiarkan dalam tiga portal berita termasuk Malaysiakini.
Husam juga membayangkan kemungkinan wujud campurtangan pihak tertentu dalam tindakan Deepak.
"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalam menggerakkan tindakan Deepak.
"Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang perhimpunan agung Umno – menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.
"Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya (agar) tidak mengambil apa-apa langkah susulan.
"Satu kenyataan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) atau (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum pilihan raya umum ke-13," tambahnya.
Husam berkata demikian dengan memetik kenyataan Deepak dalam wawancara bersama Harakahdaily, di mana peniaga permaidani itu antara lainnya menyebut mengenai nasib yang dialaminya ekoran penglibatan dalam pengakuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam.
Hi....hi....hi....Husam minta Najib jawab
dakwaan peniaga karpet ?
Nak tunjuk hebat ?
Nak tunjuk gedebe ?
Nak tunjuk hebat ?
Nak tunjuk gedebe ?
Sebelum kita nak tunjuk gedebe , sebelum kita
nak tunjuk hebat, pastikan diri kita seorang berani, kita seorang yang bersih
dan kita seorang yang jujur. Itu pesan orang tua-tua.....
Sebelum Husam nak minta Najib jawab atau Najib
jelaskan, Husam terlebih dahulu perlu jawab apa yang ditanyakan oleh bekas
pembantu dia.
Sudah hampir enam bulan Kickdefella minta Husam jawab atau jelaskan tentang hubungan dia dengan Omar Vardillo berhubung isu dinar Kelantan, tapi sampai ke hari ini Husam menikus seribu bahasa dari menjawab persoalan Kickdefella. Why ?
Jawab yang itu dulu Husam !
Jawab !
Sebelum kita sibuk dengan najis di buntot orang
lihat dulu najis di buntot sendiri yang sudah berulat.....
Sahabat-sahabat ku sekalian, kita sengaja tidak
menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh peniaga karpet, Deepak Jaikishan
beberapa hari lepas. Bukan kita tidak tahu nak jawab atau tiada jawapannya,
tetapi kerana tidak mahu bermain mengikut rentak permainan mereka yang mahu
membuat kacau semasa Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung.
Segalanya mungkin akan terjawab dalam masa
terdekat ini.....bila, di mana , apa jawapannya ? Tunggulah......
Jika sepanjang minggu ini mereka menguasai
game......selepas ini bagilah kita pula tunjuk game kita.....
Husam kata , saya yakin, Deepak tidak
berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh
sesiapa. Bermakna, ada pihak dalam menggerakkan tindakan
Deepak.
Ya betul !
Apa yang Husam kata itu bukannya 100 % betul,
tapi 500 % TEPAT......
Siapa di belakang Deepak ?
Siapa yang
menggerakkan tindakan Deepak ?
Tunggu......
Adakah Tan Sri Muhyiddin belakang Deepak
?
Adakah Tun Dr M belakang Deepak
?
Tunggu........
Siapa belakang Deepak ?
Siapa yang menggerakkan tindakan Deepak
?
Tunggu........
Blog mana ?
Parpukari ? GAP ? Papa Gomo? MIK ? AAKJ ? MyKMU
? atau mungkin juga Husin Lempoyang ?
No comments:
Post a Comment