Wednesday, December 5, 2012
Mengapa Tiba-Tiba Anwar Gelabah Semacam ?
Tekong Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa pakatan itu cuba mensabotaj Perhimpunan Agung Umno ke-66 minggu lalu dengan mengatur kenyataan daripada dua tokoh iaitu Tan Sri Musa Hassan dan Deepak Jaikishin.
Cara beliau membuat penafian bukan sekadar mengeluarkan kenyataan tetapi memilih memanggil sidang media di pejabatnya. Dengan memutuskan untuk berhadapan dengan sidang media, Anwar mengisyaratkan penafian itu penting bagi memelihara nama baik Pakatan Rakyat (dan mungkin dirinya).
Soalnya mengapa Anwar dan Pakatan Rakyat perlu
tergesa-gesa menjarakkan diri daripada dua tokoh berkenaan? Tidakkah kenyataan
mereka banyak menguntungkan kepentingan Pakatan Rakyat?
Ketika Umno sibuk bersidang di PWTC, Tan Sri Musa membuat kenyataan betapa dalam menjalankan tugasnya, beliau menghadapi banyak masalah “gangguan” dan campurtangan kerajaan, khususnya daripada Menteri Dalam Negeri.
Tidakkah pengakuan Musa itu menguntungkan Pakatan Rakyat? Natijahnya kenyataan bekas Ketua Polis Negara itu membuktikan bahawa kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) memang menggunakan polis untuk melaksanakan kepentingan politiknya!
Namun mengapa Anwar harus menafikan pengakuan Musa itu ada kena mengena dengan Pakatan Rakyat? Adakah Anwar bimbang ini sebenarnya cara Musa hendak memburukkan nama Anwar sebagai sesumpah politik yang boleh bertukar warna apabila keadaan politik memerlukannya?
Sebab itu, Anwar hendak memberitahu umum bahawa “pendedahan” Musa tiada nilai politik baginya?
Jika demikian, memang wajar Anwar membuat penafian itu. Bagaimanapun apabila dinilai kes Musa dengan kenyataan yang agak sama sasarannya dibuat oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishin, ia mengundang tanda tanya. Mengapa kedua-dua tokoh, seorang ahli perniagaan dan seorang tokoh polis membuat kenyataan ketika Umno sedang mengadakan perhimpunan agung terakhir sebelum pilihanraya ke-13?
Cubaan aibkan Umno-BN
Tambahan pula wawancara eksklusif Deepak oleh Malaysiakini.com disiarkan serentak dengan laporan Harakahdaily.net milik parti PAS. Adakah ini satu kebetulan atau memang dirancang ?
Jika dirancang, perkiraannya mungkin begini jika pengakuan Tan Sri Musa dan Deepak yang cuba mengaitkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dengan perakuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mendakwa Najib serta ahli keluarganya terbabit dengan kes pembunuhan Altantuya Shaaribu pasti akan sampai ke pengetahuan perwakilan Umno yang sedang bersidang.
Jika adalah seorang perwakilan Umno yang mempercayai kenyataan Musa dan Deepak serta berani pula menuntut penjelasan daripada Najib dan Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Hussein, sudah tentu ia akan mengaibkan Umno.
Jika mengikut jalur kempen Pakatan walau di mana-mana, Umno mesti diaibkan seberapa mungkin untuk menjatuhkan kerajaan BN.
Umno terus gempita, cubaan sabotaj Umno gagal
Adalah jelas kemungkinan isu Musa dan Deepak berhasil mencetuskan kontroversi ini, pasti Umno akan bertambah aib. Ia akan menjadi berita besar bagi media anti-Umno-BN dan juga mungkin media antarabangsa. Jika itu berlaku, Pakatan untung besar!

Ini jika dipadankan pula dengan satu lagi peristiwa agak signifikan iaitu
taklimat perbicaraan awal skandal kapal selam scorpene di Singapura yang
dikatakan membabitkan sebuah NGO yang condong pada Pakatan Rakyat iaitu Suaram,
ia kelihatan sebagai satu serangan serampang tiga mata terhadap kemeriahan
perhimpunan agung Umno yang amat luar biasa semangatnya kali ini.
Tambahan pula wawancara eksklusif Deepak oleh Malaysiakini.com disiarkan serentak dengan laporan Harakahdaily.net milik parti PAS. Adakah ini satu kebetulan atau memang dirancang ?
Jika dirancang, perkiraannya mungkin begini jika pengakuan Tan Sri Musa dan Deepak yang cuba mengaitkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dengan perakuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mendakwa Najib serta ahli keluarganya terbabit dengan kes pembunuhan Altantuya Shaaribu pasti akan sampai ke pengetahuan perwakilan Umno yang sedang bersidang.
Jika adalah seorang perwakilan Umno yang mempercayai kenyataan Musa dan Deepak serta berani pula menuntut penjelasan daripada Najib dan Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Hussein, sudah tentu ia akan mengaibkan Umno.
Jika mengikut jalur kempen Pakatan walau di mana-mana, Umno mesti diaibkan seberapa mungkin untuk menjatuhkan kerajaan BN.
Umno terus gempita, cubaan sabotaj Umno gagal
Adalah jelas kemungkinan isu Musa dan Deepak berhasil mencetuskan kontroversi ini, pasti Umno akan bertambah aib. Ia akan menjadi berita besar bagi media anti-Umno-BN dan juga mungkin media antarabangsa. Jika itu berlaku, Pakatan untung besar!
Namun kemungkinan-kemungkinan ini tidak berlaku. Umno terus gempita dengan
ledakan semangat para pemimpin dan ahli perwakilan yang ada. Media arus perdana
juga tidak membuat “silap” memperbesarkan kenyataan Musa dan Deepak.
Adakah kerana usaha mengkhianati perhimpunan agung ini tidak berjaya maka Pakatan Rakyat melalui tekong perlu cepat-cepat menjarakkan diri daripada kenyataan Musa dan Deepak?
Tidakkah ada kemungkinan bahawa sidang media Anwar sebenarnya bertujuan memanjangkan isu yang cuba dibangkitkan oleh Musa dan Deepak. Dalilnya perhatikan penegasan yang dibuat Anwar.
Bukan sahaja beliau dan pakatan cuba menafikan terbabit dengan percubaan mensabotaj Umno tetapi sebaliknya mahu penyiasatan khusus dibuat ke atas Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri berikutan kenyataan Musa dan Deepak.
Percaturan politik pembangkang
Pelbagai rumusan boleh dibuat daripada sidang media Anwar Ibrahim ini. Namun umum maklum bahawa persaingan politik di antara Umno-BN danRakyat kini memasuki pusingan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Kedua-dua pihak tidak boleh membuat kesilapan.
Lantaran itu, tindakan cepat harus diambil untuk membunuh sebarang spekulasi bahawa beliau dan Pakatan Rakyat terlibat. Seperti lazimnya, media arus perdana amat berhati-hati menggemburkan kemungkinan sabotaj ini kerana bimbang dituduh mengada-adakan cerita dan digertak dengan pelbagai tindakan undang-undang.

Dengan perkataan lain, Anwar dan Pakatan Rakyat mahu supaya dakwaan kedua
tokoh kontroversi ini diberi siasatan lanjut. Demikian perkiraan politiknya.
Jika ada siasatan, akan bertambah satu lagi modal untuk dijaja dalam ceramah dan
media Pakatan Rakyat. Ini peluang untuk meletakkan Umno-BN dalam keadaan
defensif!
Pelbagai rumusan boleh dibuat daripada sidang media Anwar Ibrahim ini. Namun umum maklum bahawa persaingan politik di antara Umno-BN danRakyat kini memasuki pusingan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Kedua-dua pihak tidak boleh membuat kesilapan.
Anwar dan Pakatan Rakyat sudah pasti tidak mahu mengizinkan Umno-BN
menggerakkan medianya untuk mendedahkan ketiga-tiga peristiwa - taklimat
perbicaraan Scorpene di Singapura, kenyataan Musa Hassan dan Deepak Jaikishin
adalah saling berkaitan kerana dirancang oleh strategi Pakatan Rakyat.
Lantaran itu, tindakan cepat harus diambil untuk membunuh sebarang spekulasi bahawa beliau dan Pakatan Rakyat terlibat. Seperti lazimnya, media arus perdana amat berhati-hati menggemburkan kemungkinan sabotaj ini kerana bimbang dituduh mengada-adakan cerita dan digertak dengan pelbagai tindakan undang-undang.
Bagaimanapun rakyat kini sudah terlalu masak dengan cara pakatan menyusun
strategi medianya. Lambung sesuatu isu dan tunggu bagaimana Umno-BN memberi
reaksi. Nampaknya, strategi Anwar kali inipun tidak jauh dari kelaziman
ini.
*Tulisan di atas ditulis oleh Abdul Rahman Malik dan disiarkan di antarapos.com

RBF:Ulasan diatas disiarkan sebelum
video pendedahan siapa tok dalang di belakang Deepak
dikeluarkan oleh Papa Gomo petang semalam.
Kini apa yang dikatakan oleh penulis berkenaan
tepat....
Anwar begitu gelabah dan memanggil sidang media
pada Isnin 3 November untuk menafikan beliau dan PKR yang menggerakkan tindakan
Deepak untuk memfitnah PM dan isteri.
Matlamatnya tidak lain tidak bukan adalah untuk
mensabotaj Perhimpunan Agung Umno 2012. Dalam masa yang sama melaga-lagakan
orang Umno.
Bukan saya nak bercakap besar atau nak
berlagak.Lihat balik tulisan saya seminggu yang lepas di sini. Kini apa yang saya katakan pada 28 November
telah menjadi kenyataan. Betul tak ?
Mereka yang merancang semua itu, kemudian
mereka juga yang pasang jarum cucuk sana-sini menuduh Tun Dr M dan Tan Sri
Muhyiddin sebagai orang yang berada di belakang Deepak. Begitulah jahatnya
binatang-binatang politik PKR.
Allah Maha Kaya , Allah Maha Besar, Allah Maha
Berkuasa, dengan izin dan berkat Allah SWT syukur Alhamdullillah kerana tidak
ada ahli Umno yang terpijak atau tersuntik dengan jarum-jarum yang mereka
pasang. Perancangan mereka gagal dan Umno dapat mengakhiri persidangan mereka
dengan jayanya.
Kini dalam masa seminggu segala-galanya telah
terdedah. Siapa punya kerja, siapa punya perancangan , siapa tok dalangnya telah
diketahui umum. Allah sentiasa bersama pihak yang benar.....Manakala Deepak pula
telah menjadi kambing hitam semata-mata untuk Anwar memuaskan nafsu politiknya.
No comments:
Post a Comment